Tampilkan postingan dengan label wanita muslimah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wanita muslimah. Tampilkan semua postingan

5 Cara Selamatkan diri dari melakukan Maksiat


JIKA kita sedar betapa tingginya nikmat Allah yang anugerahkan, nescaya tidak ada satu alasan pun untuk derhaka kepada-Nya. Sejak bangun daripada tidur sehingga tidur kembali, bahkan dalam tidur itu sendiri, semuanya itu tidak akan dapat dilakukan tanpa kuasa dan izin Allah s.w.t.

Apa yang ada pada diri kita mulai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah pemberian Allah. Segala pemberian yang ada di sekeliling kita seperti keluarga, sanak saudara hingga harta benda adalah kurniaan Allah.

Tidak ada satu detik pun yang dijalani oleh seorang hamba dalam kehidupannya di dunia ini, melainkan ia berada di bawah kurniaan dan anugerah Allah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya).” (Surah An-Nahl ayat 53)

Mengetahui hakikat yang agung ini, apakah yang harus kita lakukan sebagai seorang hamba lemah yang tidak memiliki daya upaya apa pun untuk mewujudkan sesuatu melainkan kerana pertolongan daripada-Nya?

Mengapa kita derhaka kepada-Nya padahal setiap detik kita menikmati pemberian-Nya? Mengapa kita melalaikan-Nya kerana kesombongan kita dengan mengatakan bahawa segala yang kita capai adalah kerana usaha kita belaka.

Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham lalu berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang yang banyak melakukan perbuatan dosa, maka nasihatilah aku! Ibrahim berkata: “Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.”

Maka orang itu berkata: “Apakah itu? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah makan daripada rezeki-Nya!”

Orang itu menjawab: “Jika begitu, dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya ?”

Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang kedua? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah kamu tinggal di bumi-Nya!

Orang itu berkata: “Ini lebih besar dari yang pertama, di mana aku harus tinggal? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya ?”
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang ketiga? Ibrahim berkata, “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka carilah tempat di mana Allah s.w.t tidak melihatmu!”

Orang itu berkata: “Ke mana aku harus pergi, sedangkan Allah mengetahui semua yang nampak dan tersembunyi?” Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya serta Dia melihat apa yang kamu lakukan?

Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang keempat? Ibrahim berkata: “Jika malaikat maut datang untuk mengambil rohmu, maka mohonlah kepadanya: “Berilah aku waktu agar aku dapat bertaubat dan beramal soleh!

Orang itu berkata: “Permohonanku tidak akan dikabulkan dan mereka tidak akan menunda (kematianku). Ibrahim berkata: “Jika kamu tidak dapat menghindar daripada datangnya kematian agar dapat bertaubat dan beramal soleh maka kenapa kamu berbuat maksiat kepada-Nya?

Orang itu berkata: Lalu apa yang kelima? Ibrahim berkata: “Jika di hari kiamat nanti, malaikat penjaga neraka datang untuk mengirimmu ke neraka, maka janganlah kamu menurutinya!

Orang itu berkata: “Mereka tidak akan melepaskanku dan tidak akan mengabulkan keinginanku.” Ibrahim berkata: “Jika demikian, bagaimana kamu berharap dapat selamat?

Orang itu pun berkata: “Cukuplah hal ini bagiku. Sungguh aku memohon ampun kepada Allah s.w.t dan bertaubat kepada-Nya.”

Percakapan di atas adalah sebuah dialog yang dapat menggugat hati kita yang semakin beku dan keras. Nasihat ulama mulia itu membuktikan semua nikmat di dunia ini adalah anugerah kurniaan daripada Allah. Menyedari hakikat ini, adalah menjadi kewajipan untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah pada bila-bila masa, di mana dan dalam keadaan apa pun.

Syukur kita adalah bentuk nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
 “Dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar menyembah-Nya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 172)
Sesungguhnya syukur harus dilakukan dengan hati, lisan dan anggota badan. Syukur dengan hati adalah kita me ngakui dan meyakini bahawa apa pun nikmat yang kita peroleh datangnya dari Allah.

Syukur dengan lisan adalah kita selalu membasahi lisan ini dengan zikir dan ucapan syukur kepada-Nya. Syukur dengan anggota badan pula adalah kita menggunakan segala bentuk nikmat yang Dia anugerahkan kepada kita sebagai saranan untuk menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Gunakan nikmat yang diberikan-Nya untuk merealisasikan tujuan utama kita diciptakan, iaitu untuk beribadah kepada Allah s.w.t

Sesungguhnya, kebahagiaan tidaklah diukur dengan limpahan harta dunia. Ketenangan jiwa hanya akan diraih oleh orang mukmin yang selalu bersyukur kepada-Nya. Syukurilah segala nikmat-Nya sekecil apa pun nikmat itu menurut kita, kerana Allah menjanjikan pahala bagi orang yang mahu bersyukur, dan mengancam dengan seksa bagi orang yang kufur.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan ingatlah tat kala Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim ayat 7).

Sumber

Siapakah Wanita yang Cantik di Mata Allah?


Seorang wanita biasa akan tampak cantik di mata Allah. Seorang wanita manis akan terlihat semakin manis di mata Allah. Dan seorang wanita cantik akan terlihat jauh lebih cantik di mata Allah.

Siapakah Wanita itu?
Dia adalah  Wanita yang senantiasa menjaga keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SUBHANAHU WA TA’ALA.
  1. Wanita yang senantiasa berpegang pada Sunnah Rasul-Nya.

  2. Wanita yang senantiasa berbakti kepada kedua orang tuanya.

  3. Wanita yang senantiasa patuh dan taat kepada suaminya (jika sudah bersuami).

  4. Wanita yang senantiasa menutupi auratnya serta tak berlebihan jika berhias.

  5. Wanita yang senantiasa menjaga kehalusan dan kesopanan dalam bertutur kata.

  6. Wanita yang senantiasa menjaga keindahan dan kemuliaan akhlak serta tingkah lakunya.

  7. Wanita yang senantiasa bersikap ramah dan saling menyayangi antar sesama.

  8. Wanita yang senantiasa bersikap hormat kepada yang lebih tua dan bersikap menghargai kepada yang lebih muda.

  9. Wanita yang senantiasa bisa menjauhkan diri dari sekumpulan orang yang suka membicarakan kejelekan orang lain serta tidak suka memfitnah.

  10. Wanita yang tidak suka mempertontonkan kecantikan dan kemolekan tubuhnya (Tabarruj) kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

  11. Dan wanita yang pandai menempatkan diri baik dalam bertutur  kata serta sikap ketika bersama siapapun ia bergaul dan dimanapun ia berada.

  12. Sungguh wanita seperti itu begitu mulia di hadapan Allah.

10 Ciri Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa

Kenapa Wanita Mudah Menangis?



Kenapa Wanita Mudah Menangis?. Sepanjang kehidupan seseorang pasti pernah melihat wanita menangis. Mengapa mereka menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka menangis? Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki? Pasti persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda terutamanya lelaki. Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau sebagainya, punca mereka menangis kebanyakannya sama.  

5 punca utama mengapa wanita menangis ialah .

Hormon – Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.

Manipulasi – Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.

Luahan emosi yang ikhlas – Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Kemarahan – Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.

Memori – Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Copyright © 2013. Dee Hart - i love islam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger