- Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
- Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
- Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sain telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
Tampilkan postingan dengan label kesihatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kesihatan. Tampilkan semua postingan
Tips Kesihatan Menurut Islam
Rahsia Buah Kurma dan Fadhilatnya
Sabda Rasulullah SAW :
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
KURMA??
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. :
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Daripada Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. :
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
"Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
Tips Kesihatan Punca Sakit Belakang
PUNCA-PUNCA SAKIT BELAKANG
1. Postur badan yang tidak betul - Sakit belakang boleh terjadi jika anda sentiasa berjalan, duduk atau berdiri seperti orang malas.Tabiat ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.
2. Kurang senaman - Otot yang menyokong tulang belakang perlu dilatih dengan senaman dan regangan agar kekuatan otot itu dapat dikekalkan.
3. Stres - Stres boleh menyebabkan otot belakang menengang dan hilang keseimbangan badan. Ini boleh mencederakan belakang anda.
4. Kegemukan - Perut yang besar atau buncit akan memberi beban kepada tulang belakang dan menegangkan abdomen anda.
5. Tersalah urat belakang - Ini boleh terjadi sekiranya anda membuat sesuatu dengan cara dan postur yang salah. Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.
6. Piring ruas tulang belakang tergelincir - Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf di belakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor dengan segera.
4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW
- Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang.
- Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
- Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.
- Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah. Wallahua'lam.




