Tampilkan postingan dengan label cerita solehah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label cerita solehah. Tampilkan semua postingan

Salahkah Wanita Tak tahu Memasak?


Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?
Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan tidak yakin pada diri untuk menjadi Imam.

Kalau tidak pandai menjadi Imam, belajarlah sekarang. Jika wanita boleh disuruh belajar memasak, apa salahnya lelaki belajar untuk memperbaiki bacaan al-Fatihah dan belajar cara untuk menjadi seorang Imam kepada isteri.!

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja ke ?.

SALAHKAH WANITA TAK TAHU MEMASAK?


Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

”Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

Betul juga ? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’.

Kesimpulananya
Belajarlah memasak samada lelaki dan perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga atau untuk menimbulkan kasih mesra antara suami isteri.

Jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda.

Ketika Cinta-NYA Mula Memanggil



Ketika cinta-NYA bertasbih, cinta yang lain tidak berkalih.
Ketika cinta-NYA menghampiri, dia akui kebesaran Ilahi.
Ketika cinta-NYA berbicara, cinta yang lain terdiam tidak mampu berbahasa.
Ketika cinta-NYA menyapa, cinta yang lain tidak mampu menghembus hela.
Ketika cinta-NYA memanggil, cinta yang lain kian menggigil.
Ketika cinta-NYA berbisik, jiwa sang hamba kembali terusik.

Ya Tuhan.
Tidak ada satu pun yang mampu mendustakan cinta-Mu.
Tidak ada satu pun yang mampu menolak lamaran-Mu.
Kerana cinta-Mu begitu tulus.
Kerana cinta-Mu begitu qudus.
Engkau sering memberikan kekuatan saat aku tersungkur di mehnah ujian.
Engkau juga memberikan ketabahan saat aku berdarah dek mehnah yang mendatang.
Engkau tidak pernah meninggalkan hamba-hamba-Mu.

Sungguh. 
Saat aku merasa tidak berdaya,
Engkau mendakap aku dengan penuh cinta.
Saat aku merasa lemah,
Engkau membelaiku dengan penuh belas.

Subhanallah.
Indah berada dalam dakapan dan belaian cinta-Mu Ya Rabbi.
Aku tahu. Aku sering bertanya.

''Mengapa aku yang diberikan ujian seberat ini???! Mengapa aku??!'' Wahai diri hamba Allah yang dicintai-NYA. Kita adalah hamba-NYA. "Orang yang diduga dengan hebat adalah orang-orang yang disayangi Allah". 

Sejauh manakah kebenaran kata-kata itu? 
Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.  Namun yang pasti, siapa yang tidak mahu menjadi di kalangan orang-orang yang disayangi Allah? ''Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.''-(Al-Baqarah;216)

Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, 
"Aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku." 
Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang 'arifbilllah' (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." 

Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah. Ingat. Kasih sayang Allah mendahului murka-NYA.

*Artikel ini Sumbangan Hurun Ain, Terima Kasih Diucapkan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Copyright © 2013. Dee Hart - i love islam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger