Tampilkan postingan dengan label berita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label berita. Tampilkan semua postingan

Jakim Lancar Program Jerat Valentine



KUALA LUMPUR- Lebih 300 sukarelawan muda pada Sabtu menyertai program turun padang bagi menyedarkan umat Islam terhadap pentingya mereka tidak meraikan Hari Valentine pada setiap 14 Februari.

Program “Jerat Hari Valentine” itu mensasarkan beberapa lokasi sekitar KualaLumpur, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Masjid As-Syakirin Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Antara lokasi ialah sekitar KLCC, Bukit Bintang, Masjid India, KL Sentral, Puduraya dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Othman berkata, tenaga dan kemahiran sukarelawan muda berusia antara 19 hingga 25 tahun itu dapat memberi pengaruh yang baik dalam memberi nasihat dan penjelasan berhubung Hari Valentine kepada masyarakat Islam terutamanya dari golongan muda.

“Ini adalah kali pertama Jakim melibatkan golongan muda dalam menangani isu Hari Valentine.

“Golongan sasaran ialah remaja dan ibu bapa Islam, serta masyarakat sekitar,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mokhtar berharap umat Islam, khususnya ibu bapa mengambil berat mengenai larangan merayakan hari Valentine yang mempunyai unsur-unsur Kristian dan bercampur dengan perbuatan maksiat.

Larangan itu dikeluarkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-71 pada 2005.

Salah seorang peserta, pelajar universiti tempatan Siti Balqis Samsudin, 23, berkata program ini dapat membina keyakinan dan keberanian untuk membendung masalah gejala sosial di kalangan anak muda Islam.

Siti Wan Norain Mohammad Azman, 19, berkata, walaupun rasa takut sekiranyadipandang serong kerana menasihati orang lain tetapi beliau tetap positif untuk hadir bagi memberi sokongan dan bantuan. – BERNAMA

Bekas pembuat tattoo Yakuza kini jadi Imam




Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.

Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.

Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.



Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.

Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.


Paris Hilton Dikritik Kerana Buka Kedai Di Mekah


"BARU-BARU ini, Paris Hilton telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu.


Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.

Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.

"Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusat beli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.

Kegembiraan Paris menyampaikan berita itu terbantut apabila ramai yang memberi respons negatif.

"Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya."

(http://www.tranungkite.net)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Copyright © 2013. Dee Hart - i love islam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger