Tampilkan postingan dengan label Syurga. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Syurga. Tampilkan semua postingan

Amalan yang tidak akan Putus selepas meninggal Dunia



Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat, dan anak shaleh yang berdoa kepadanya.''
(HR Muslim).

Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW bersabda, 

"Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah". 
(HR Ibn Majah).

25 Amalan dijamin masuk ke SYURGA ♥


  1. Sesiapa bertemu dengan Allah tanpa syirik dengan sesuatu, masuk syurga..
  2. Sesiapa beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka dia berhak memasuki syurga.
  3. Sesiapa membina masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, Allah membina sebuah mahligai yang sama nilai dengan masjid didalam syurga kelak.
  4. Sesiapa solat Subuh dan Isyak, masuk syurga.
  5. Sesiapa berulang-alik pagi dan petang ke masjid dia kan mendiami syurga.
  6. Sesiapa dapat menjaga mulut dan kemaluannya pasti dapat memasuki syurga.
  7. Sesiapa menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang pasti memasuki syurga.
  8. Sesiapa berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT memudahkan baginya laluan ke Syurga.
  9. Sesiapa menjawab azan dengan sempurna pasti masuk syurga.
  10. Sesiapa berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, pasti masuk syurga.
  11. Sesiapa meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya pasti masuk syurga.
  12. Sesiapa mengakhiri hidupnya dengan kalimah لا إله إلا الله pasti masuk Syurga.
  13. Sesiapa membaca doa سبحان الله العظيم وبحمده dia akan memetik tamar di dalam syurga.
  14. Sesiapa mati dan tidak memilki sfat takabbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang maka masuk syurga.
  15. Sesiapa berdoa dengan doa اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت ، أعوذ بك من شر ما صنعت ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء لك بذنبي فاغفر لي ، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت . pada siang hari lalu dia meninggal di malam hari, maka masuk Syurga serta menjadi ahli syurga dan begitulah disebaliknya.
  16. Sesiapa melaungkan azan selama 12 tahun, pasti dia dapat memasuki Syurga.
  17. Sesiapa berdoa memohon syurga sebanyak 3 kali dengan lafaz اللهم أدخله الجنة pasti masuk syurga.
  18. Sesiapa menziarahi pesakit, samada suadaranya, Allah kan menyuruh malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari rumah pesakit yang diziarahinya. pasti dia memasuki Syurga.
  19. Bersedekah membawa kepada kebaikan, setiap kebaikan pasti memperolehi Syurga.
  20. Membenarkan agama Allah dan berjihad Di jalan Allah pasti masuk syurga.
  21. Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim pasti masuk Syurga.
  22. Mereka yang berjaya mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa diantara dua umrah.
  23. Sesiapa menghafaz 99 nama Allah SWT, masuk Syurga.
  24. Membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai, atau yang menyakiti orang ramai.
  25. Sesiapa membebaskan dua orang hamba jariah. Aku dan dia bersama dalam syurga
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan...sila tekan Like & Share...

5 Perkara yang membawa Wanita ke Syurga



Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama. 

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :
Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 
Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 
Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 
Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 
Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

Demikianlah, wallahualam

IslamituIndah 

Rahsia di sebalik Solat



Solat lima waktu adalah antara kefardhuan dalam kalangan umat Muhammad SAW yang telah ditetapkan waktu-waktunya. Solat sudah wujud sekian lama semenjak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu sedangkan fadhilatnya teramatlah besar. 

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 yang menerangkan fungsi solat itu sendiri adalah untuk mengingati Allah SWT.
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."(Toha;14)
Begitu juga antara ciri orang beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya; sedangkan perbuatan sebegitu memenuhi aspek hablun minAllah. Manakala mereka yang tetap memelihara solatnya akan memenuhi aspek hablun minannas, yang dengan cara sedemikian maka mereka dikenali sebagai orang beriman. Solat juga penting sebagai aspek penyatuan, terutamanya solat berjemaah yang menjadi antara sumber perpaduan umat.

Begitu juga pada sudut rohaninya, bersolat mampu memberikan ketenangan kepada pelakunya, menjadi medan penyerahan diri dan pengaduan kepada Yang Maha Mendengar. Hakikatnya mengingati Allah itu memberi ketenangan kepada hati manusia; yang memberi kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Melalui sudut pandang kesihatan secara ringkasnya pula, mereka yang bersolat lima waktu setiap hari telah melakukan senaman berbanding mereka yang tidak. 

Melalui cara ini tubuh badan dilatih melakukan pergerakan yang telah disyariatkan, sedangkan pelbagai hikmah tersembunyi disebaliknya.

--- SOLAT ITU TIANG AGAMA ----

Semoga bermanfaat,


3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat



Sabda Rasullullah S.A.W : Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Jadi Marilah kita rebut peluang yang tidak dapat dimana-mana cabutan bertuah atau hadiah di dunia. Berkorban di dunia untuk akhirat tidak sesekali merugikan kita. Dunia hanyalah sementara. Akhirat yang kekal abadi...



15 Pintu Syaitan, 15 Senjata penghalang, dan rumah yang tidak dimasuki Syaitan



‎15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- Pintu marah
- Cinta dunia
- Keengganan menghadiri majlis ilmu
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Uujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

10 Cara membahagiakan ibu bapa anda



Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1) Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2) Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3) Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4) Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5) Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6) Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7) Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8) Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9) Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya. 

10) Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.  

Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka....

loveloveislam.com

Kelebihan Membaca Surah Kahfi pada hari Jumaat



Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Salam Jumaat..~

JOM baca surah Al-Kahfi... :)

Cara Berdoa dengan Betul


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
  
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.






Doa senjata orang mukmim, berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:
 
1) Angkat tangan ke paras dada

2) Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . titik ba terletak di hati kita. kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) Ssepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw

6) Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

wallahu’alam……..

* Artikel dirujuk dari penulisan Ustaz Abdullah Mahmud - Perkongsian drp Oh Islam

10 Golongan yang menzalimi diri Sendiri


Antara Golongan-golongan yang dikatakan menzalimi diri sendiri ialah :

  1. Bila berdoa tidak mendoakan orang lain
  2. Tidak membaca al quran
  3. Tidak solat sunat Tahayatul Masjid bila masuk masjid
  4. Tidak memberikan salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada di perkuburan
  5. Apabila sampai di sesuatu tempat dia tidak solat jumaat
  6. Apabila orang Alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu pergi belajar
  7. Apabila bertemu dua orang, tidak bertanyakan nama
  8. Apabila di jemput kenduri, dia tidak datang
  9. Pemuda tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar
  10. Makan kenyang sedangkan jiran sebelah Kelaparan.
-Ustaz Ismail Kamus-

Nama-nama Syurga Dan Neraka



Sekadar menambahkan ilmu yang sememangnya tidak pernah kita ketahui...


Tingkat dan nama-nama syurga ialah :- 
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkat dan nama-nama neraka adalah :- 
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

Bertani Di Syurga


Pada suatu hari Rasulullah SAW berbicara dengan seorang lelaki dari desa. Beliau SAW menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada Allah untuk bercocok tanam, kemudian Allah bertanya kepadanya bukankah Allah telah berikan semua perkara yang diperlukan?

Lelaki itu mengakui, tetapi dia suka bercocok tanam. Lalu dia menabur biji benih. Tanaman itu langsung tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah itu dia menuainya. Hasilnya dapat setinggi gunung. Allah berfirman kepadanya, "Wahai anak Adam, ia tidak mengenyangkan perut kamu"."Demi Allah, orang itu adalah orang Quraisy atau pun Anshar karena mereka dari golongan petani.

Kami bukan dari golongan petani", kata orang Badui itu. Rasulullah SAW tertawa mendengar kata-kata orang badui itu.

Bangunan Yang Tidak Rosak Dan Pemilik Yang Tidak Boleh Mati

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja."Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja."Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?  "Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka."Segera katakan apakah itu." Desak raja."Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Kamar-Kamar Di Syurga


Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. "Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat."Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.""Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Copyright © 2013. Dee Hart - i love islam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger