Tampilkan postingan dengan label Rasulullah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Rasulullah. Tampilkan semua postingan

Terasa ASING Kerana Ikut Islam?



Mereka yang berpurdah/berniqob, berserban berkopiah itu sering dipandang sebagai "orang asing" dalam masyarakat. Namun, ketahuilah, sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing ( dipandang pelik ) dan akan kembali dalam keadaan asing semula. Maka beruntunglah orang2 yang asing itu....

Sabda Rasulullah SAW :
“Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi sesuatu yang asing. Maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu.” (HR. Muslim no. 145)

*Teruskan perjuangan islam..

13 Perkara mengenai Rasulullah sebagai Pengajaran



01) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

02) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

03) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

04) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

05) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

06) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

07) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.

Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'



08) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

09) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Jika Rasulullah Melihat Kita "BERFACEBOOK"



Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya 'Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook'. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?

Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?

Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap "disebabkan kita friend dengan bermacam  umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U." Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian.

Muslimah Dan Facebook Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?

Ok, begini ya anak-anak. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita...agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat.

Peringatan, BILA KITA BERFACEBOOK, Agak-agak kena puji atau kena tegur?

Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!

Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di  facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.

"Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!"

Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..

Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?

Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.

"Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain.  Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau."

Betul ke ni?

Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,

"Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni."

"Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang."

Nampak?

Wahai saudara seangkatan segenderku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, "Eh,dia ni. Nampak je waro' tapi miang jugak." "Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?"

Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya.

Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.

Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."

Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.

"Aku menunggumu kerana Allah."

Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman.

Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.

Ada jugak yang spesis 'aku like kau, kau like aku'. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di 'like'. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like.

Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.


Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar maruah kita.

Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau'. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya, saya pun niqobi jugak :D )

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?

Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..

Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author.

Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :')

Jom jadi pelik! Hidup GENERASI GHURABA'!

Keistimewaan yang diberi kepada Rasulullah s.a.w



Keistimewaan Nabi Muhammad yg tidak diberikan Nabi-nabi yang sebelumnya.

1. Nabi s.a.w diutuskan kepada semua manusia dan jin.Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah)kepada Nabi s.a.w sedangkan tidak dihalalkan bagi Manusia-manusia sebelum Nabi.(Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat dimuka bumi ini boleh dijadikan tempat sembahyang. (HBukhari) Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak solat melainkan di tempat-tempat ibadah yg khusus. (Hr Ahmad)



4. Nabi diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dgn Allah mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

5. Nabi s.a.w diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

6. Nabi s.a.w diberikan "jawamiul kalim". (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

7. Nabi s.a.w penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

8. Diberikan Nabi s.a.w ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung dibawah arasy. (Hr an-Nisaei)

9. Nabi s.a.w diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

10. Orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

11. Ummatnya adalah sebaik-baik Ummat. (Hr Ahmad)

12. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

13. Diberikan al-Kauthar. (Hr al-Bazzar)

14. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi adalah kafir. kemudian Allah membantu Nabi s.a.w dengan Islamnya syaitan tersebut.

15. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad s.a.w seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)

Rasulullah S.A.W dengan sebiji limau.

Gambar Hiasan

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.

Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. 

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. 

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. 

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. 

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
 

Kain Kafan Daripada Rasulullah S.A.W

Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati Rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nabi S.A.W keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lalu berkata, "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya. "Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas. Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi. "Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasululah S.A.W. Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat. Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Copyright © 2013. Dee Hart - i love islam - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger